![]() | | ||||||||||
| |||||||||||
| Notices |
| | LinkBack | Thread Tools | Display Modes |
| save $ 4 hajj Status: Offline Posts: 5,821 Reputation: 30714 Rep Power: 67 Join Date: Apr 2006 Location: malaysia Gender: Way of Life: Muslim | DIALOG ANTAR A AGAMA - TEMUBUAL BERSAMA PROF. MADYA DR. KAMAR ONIAH KAMARUZAMAN (Bahagian 2)
__________________Date 2006/9/6 12:30:00 IFC (Inter-Faith Council) yang telah pun diarah untuk diberhentikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sering dikait dan disalah ertikan dengan Dialog Antaragama (Interfaith Dialogue). Untuk menghuraikan perbedaan di antara dua ini, PEMBELA sempat menemubual sekali lagi Prof. Madya Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman, pensyarah bidang Perbandingan Agama di IIUM yang banyak terlibat dengan Dialog Antaragama di dalam dan di luar negeri. Beliau juga sering diundang ke seminar dan bengkel yang membicarakan tentang keamanan sejagat.Temubual dengan beliau ini akan disiarkan secara bersiri. Ini adalah Bahagian Kedua.; Bahagian Pertama disiarkan pada bulan Julai dan boleh di layari di dalam "Archive" bawah jodol "Artikal Pilihan" no 881. PEMBELA: PEMBELA difahamkan Dr banyak terlibat dengan Dialog Antaragama di dalam dan di luar negeri. Dr. Kamar: Ada juga PEMBELA: Siapa, atau badan apa yang selalu mengundang Dr.? Dr. Kamar: Berbagai-bagai pertubuhan termasuk yang akademik dan juga NGO, termasuk UNESCO dan universiti-universiti, juga pertubuhan seperti Parliament for World Religion, IARF dan sebagainya, dan juga pertubuhan-pertubuhan agama. PEMBELA: Kami difahamkan bahawa selepas Dr memberi ceramah atau terlibat dalam seminar, Dr sering di undang oleh peserta yang hadir untuk program mereka pula, atau pun di"promosi"kan oleh peserta kepada kawan-kawan mereka. Kenapa agaknya Dr bagitu digemari oleh mereka yang terlibat dalam Dialog Antaragama, khususnya di luar negeri? Dr. Kamar: Saya rasa sebab saya adalah seorang “wanita Islam yang orthodox”, iaitu saya bertudung. Jadi mereka melihat saya, seorang wanita Islam yang orthodox tetapi mampu berbicara tentang hal-hal sejagat dan terlibat pula dengan aktiviti-aktiviti sosial selain dari akademik – apa yang mereka gelar - “an orthodox Muslim woman in action”. PEMBELA: Kenapa ini menjadi tarikan kepada mereka? Dr. Kamar: Kerana saya memecah mitos Barat bahawa wanita Islam yang orthodox itu adalah penakut, tertindas, ekstrim dan kadang kala juga agak histerikal dalam berbicara. PEMBELA: Selain daripada sebab penampilan diri orthodox ini, apa lagi agaknya? Dr. Kamar: Mungkin juga sebab saya adalah apa yang dikatakan sebagai “straight thinking and straight talking”. Walau pun saya bersifat terbuka dan mesra dengan sesiapa pun, tetapi saya tidak pernah “apologetic” atau berdolak dalik dalam menerang dan mempertahankan Islam. Lantaran itu mereka tahu saya tidak hipokrit dalam perbicaran. PEMBELA: Contohnya? Dr. Kamar: Contohnya di salah sebuah bengkel di Parliament for World Religion, Barcelona 2004 yang berjudul “Etiquette for Inter-faith Dialogue”. Setelah saya terangkan bahawa Islamlah agama yang mula-mula mempelopori bidang Dialog Antaragama, salah seorang ahli panel mencelah – “What about those who do violence in the name of Islam?” (“Bagaimana pula mereka yang mencetuskan keganasan atas nama Islam”?). Saya jawab, “Claims do not make the truth. I can claim myself to be the Queen of England - with all due respect to her Majesty. For me to make such a claim I must be sick in the head, but then for those who believe me, then they must be even more sick in the head then me.” (“Pengakuan bukanlah satu kebenaran. Saya boleh mengaku bahawa saya adalah Ratu England - dengan segala hormat kapada Baginda Ratu. Tentunya minda saya dah tak betul, tapi bagi mereka yang mempercayai saya, minda mereka tentunya lebih tak betul dari minda saya”. Saya dapat tepukan hangat termasuk dari yang bertanya, malah beliau mencelah lagi secara berseloroh – “I think indeed you should be a queen” (Saya rasa Puan sewajarnya jadi ratu”). Saya jawabsecara berseloroh juga – “No, my friend. I think you and I are happier as we are then any king or queen - no offence meant, of course.” (Tidak, Saudara. Saya rasa Saudara dan saya lebih bahagia dari mana-mana raja atau ratu - tanpa buruk sangka kapada sesiapa”.) Juga mendapat tempukan. Hampir semua yang hadir adalah bukan Islam. PEMBELA: Apakah benar Islam yang mempelopori bidang Dialog Antaragama? Dr. Kamar: Ya, dan ini di akui olih para ilmuan Barat yang terkemuka saperti Eric J Sharpe, Bruce Lawrence, David Thomas, Franz Rozenthal, Montegomery Watt, Arthur Jeffry dan lain-lainnya. Malah Sharpe, dalam bukunya yang berjodol Comparative Religion: A History mengishtiharkan bahawa “ The honor of writing the first history of religion in world literature seems in fact to belong to the Muslim Shahrastani (d. 1153 )” dan sebelum itu menyenaraikan para ulama’ Islam yang lebih awal termasuk al-Tabari (838-923), al-Mas’udi (d.956), al-Biruni (973-1050). Malah, dalam kajian saya ada ulama’ yang jauh lebih awal lagi dan saya sendiri mengelar al-Biruni dalam tesis Ph.D saya sebagai “The Father of Comparative Religion” dengan bukti-bukti dan hujah-hujah yang kukuh. PEMBELA: Jadi Dialog Antaragama ini bukanlah asing bagi orang Islam dan dalam sejarah Umat? Dr. Kamar: Benar, dan dorongan serta kecenderungan untuk berdialog dan mengkaji agama lain tercetus dari al-Qur’an, hadith-hadith dan sunnah- sunnah Rasulullah s.a.w. yang menjadi sumber rujukan dan inspirasi dalam semua hal bagi seorang Muslim. Malah al-Qur’anlah satu- satunya kitab suci di dunia ini yang membicara dan mengajak berbicara dengan penganut agama-agama lain. Ini diperakui olih W. Stanton dalam terjemahan al-Qur'annya bahawa “No scripture in the world teaches such a ‘comparative religion’ as the Qur’an”. PEMBELA: Lantaran itu para ‘ulama Islam tertarik mengkaji agama-agama lain? Dr. Kamar: Benar, tapi perlu diperjelas dan di tegaskan di sini bahawa walau pun al-Quran mengiktiraf kewujudan agama-agama lain, tetapi al-Qur’an menafikan kebenaran ajaran-ajarannya, dan sering kali mencabar kesahihan ajaran-ajaran agama-agama terbabit dan mengutarakan pengertian yang betul. Namun, kalau penganut agama-agama ini terus tetap dengan fahaman dan pendirian mereka, maka al-Qur’an ajar kita berbudi bahasa terus dengan mereka – katakan kepada mereka, “bagi kamu agama mu dan bagi ku agama ku” (La kum dinu kum, wa li ya din). Jelas, akhlak Islam itu amat tinggi dan mulia martabatnya, dan amat hikmah dalam perbicaran dengan orang yang bukan Islam yang sudah tetap dalam pendirian mereka dan tidak pula memusuhi Islam. PEMBELA: Dan inilah sikap yang Dr praktikkan dalam usaha-usaha Dialog Antaragama? Dr. Kamar: Ya. Saya melihat ada tiga tahap cara kita berhubung dengan saudara- saudara yang bukan Muslim atau pun yang belum Muslim. Pertama ialah tahap "da'wah bil hikmah" (berda'wah dengan bijak), ya itu apabila mereka masih bersikap terbuka dan sedia mendengar, atau pun mereka sedang mencari Kebenaran. Kedua ialah tahap "la dinu kum wa li ya din", iaitu apabila mereka sudah kukuh dan tidak mahu lagi berganjak dari fahaman mereka. Ketiga adalah "jihad fi sabilillah" (jihad dijalan Allah), iaitu apabila mereka menzalimi dan memporak perandakan Umat dan agama kita. PEMBELA: Tapi kalau Islam dan sejarah umat menggalakan kita berdailog dengan penganut agama- agama lain, kenapa pula Dr menolak IFC (Inter-faith Council) yang di sarankan itu? Dr. Kamar: Saya menolak IFC dengan tegas sebab IFC bukanlah sebuah wadah bagi Dialog Antaragama tetapi sebaliknya IFC menunjukan hajatnya, malah semasa saya menyertainya, telah pun berlagak sebagai apa yang saya istilahkan dan gambarkan sebagai “The Supreme Council of the Mighty Elders who pay homage and kneel before the Altar of the Human Rights Committee of the Bar Council and whose holy scripture is the Human Rights Charter of the United Nations.” (Majlis Agung Pendita-Pendita Tertinggi yang menyembah dan sujud kepada Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam dan kitab suci mereka adalah Carta Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu). PEMBELA: Kenapa Dr merasakan bagitu? Dr. Kamar: Kerana selama saya bersama mereka, kumpulan dari Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam telah bertegas mahu memberi tafsiran mereka tersendiri ke atas ajaran dan hukum hakam agama Islam... malah di mesyuarat pertama pun sudah di lampirkan kes-kes murtad yang mereka kalah di mahkamah - berpuluh-puluh helai, dan mengajak mesyuarat mencabar peruntukan Perlembagaan yang menghalang orang Islam murtad berdasarkan fahaman konsep hak asasi mereka. PEMBELA: Lantaran itu Dr menolak usaha ini dan menarik diri darinya? Dr. Kamar: Ya, sebab ini bukanlah satu usaha untuk menubuhkan sebuah majlis Dialog Antaragama tetapi adalah satu usaha untuk menubuhkan satu masjlis suruhanjaya yang akan diberi kuasa untuk mengekang agama dengan cara masuk campur terus dalam urusan dalaman mana-mana agama. Ini adalah pekara yang bukan hanya salah, malah di pandang serong dan jijik oleh Etika Dialog Antaragama. PEMBELA: Apakah mereka yang terlibat ini tak tahu menahu tentang apa itu Dialog Antaragama? Dr. Kamar: Bagitulah pendangan saya apabila saya bersembang dengan beberapa orang di antara mereka yang paling ghairah dan vokal dalam usaha ini semasa saya bersama mereka. PEMBELA: Bolehkah Dr luangkan masa lagi untuk kita berbicara terus tentang apa itu Dialog Antaragama serta etika-etikanya? Dr. Kamar: Insya Allah. ______________________ ![]() 25:36 And the true servants of the Most Merciful are those who walk the earth with humility and when the ignorant address them, they respond with words of peace. |
| | |
| Sponsored Links |
| |
| Thread Tools | |
| Display Modes | |
| |