north_malaysian
IB Legend
- Messages
- 8,215
- Reaction score
- 831
dia tu someone kat BN, ke?
apa sikap dioghang tentang hindraf?
maaf, NM, kalau saya banyak tanya kat awak dan member-member dari Malaysia. bulan lepas saya gi KL, dan saya cuba memahami apa yang tengah berlaku kat sana lepas pilihan raya.
Khairy Jamaluddin a.k.a Monyet
"Monyet" tu join BN bila Mahathir tak nak jadi PM, terus kawin anak Abdullah Badawi terus jadi exco Pemuda UMNO...dan terus jadi spokeperson PM.. dalam jangkamasa yang singkat!
Di Malaysia, ramai orang mengatakan segala keputusan kerajaan diputuskan oleh "Orang di Tingkat 4" (Khairy and the Gang)
Dia seorang yang ultra-nasionalis dan ultra-Melayu, ada orang kata dia hendak menjadi PM termuda di dalam sejarah Malaysia..dan mahu menjadi PM sebelum berumur 40 tahun.
Jika beliau berjaya menjadi PM, maka malanglah kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan2 minoriti.
Saya akan berhijrah ke mana-mana negara kalau si racist ini menjadi PM. (Boleh tak saya berhijrah ke Jakarta?

Hindraf
Hindraf adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib kaum India yang beragama Hindu. Tidak dinafikan bahawa ramai orang2 Hindu yang ketinggalan dan miskin di Malaysia...tiada pihak yang membela nasib mereka walaupun Malaysian Indian Congress merupakan sebahagian daripada parti komponen BN. Kemudian terdapat banyak kuil-kuil yang dibina secara haram telah dirobohkan oleh kerajaan BN tanpa perbincangan atau pampasan. Jadi golongan ini sedang menyaman kerajaan British kerana membawa nenek moyang mereka secara paksa ke Malaya.
Perhimpunan Hindraf adalah perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Suruhanjaya Tinggi British di KL. Tapi bertukar menjadi rusuhan setelah diprovokasi oleh polis.
Akibat daripada itu, golongan Hindu menjadi anti-BN. Mereka sanggup berkempen untuk PAS (parti ISlam Semalaysia) pada pilihanraya yang lepas.
Kawasan parlimen saya iaitu Padang Serai, merupakan antara kawasan tertinggi peratus pengundi India (dalam 25%)... mereka berkempen kepada orang Islam untuk mengundi PKR dan PAS.
Semasa kawasan kejiranan saya menganjurkan kenduri doa selamat di atas kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri Kedah...ramai orang Hindu yang datang.
BN pandai buat musuh... golongan minoriti, petani, peniaga, pelajar, profesional...
Tapi apa kan daya.... ramai orang di Malaysia masih termakan dengan propaganda BN.
Tahniah....sekarang baru kita sedar betapa "tak sedar diri" nya kerajaan kita... dah hilang 4 negeri tapi berlagak macam tak ada apa2 yang terjadi.