Bahasa Malaysia (Malaysian Language)

  • Thread starter Thread starter Selising
  • Start date Start date
  • Replies Replies 675
  • Views Views 98K
dia tu someone kat BN, ke?
apa sikap dioghang tentang hindraf?
maaf, NM, kalau saya banyak tanya kat awak dan member-member dari Malaysia. bulan lepas saya gi KL, dan saya cuba memahami apa yang tengah berlaku kat sana lepas pilihan raya.

Khairy Jamaluddin a.k.a Monyet

"Monyet" tu join BN bila Mahathir tak nak jadi PM, terus kawin anak Abdullah Badawi terus jadi exco Pemuda UMNO...dan terus jadi spokeperson PM.. dalam jangkamasa yang singkat!

Di Malaysia, ramai orang mengatakan segala keputusan kerajaan diputuskan oleh "Orang di Tingkat 4" (Khairy and the Gang)

Dia seorang yang ultra-nasionalis dan ultra-Melayu, ada orang kata dia hendak menjadi PM termuda di dalam sejarah Malaysia..dan mahu menjadi PM sebelum berumur 40 tahun.

Jika beliau berjaya menjadi PM, maka malanglah kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan2 minoriti.

Saya akan berhijrah ke mana-mana negara kalau si racist ini menjadi PM. (Boleh tak saya berhijrah ke Jakarta?:))

Hindraf

Hindraf adalah sebuah NGO yang memperjuangkan nasib kaum India yang beragama Hindu. Tidak dinafikan bahawa ramai orang2 Hindu yang ketinggalan dan miskin di Malaysia...tiada pihak yang membela nasib mereka walaupun Malaysian Indian Congress merupakan sebahagian daripada parti komponen BN. Kemudian terdapat banyak kuil-kuil yang dibina secara haram telah dirobohkan oleh kerajaan BN tanpa perbincangan atau pampasan. Jadi golongan ini sedang menyaman kerajaan British kerana membawa nenek moyang mereka secara paksa ke Malaya.

Perhimpunan Hindraf adalah perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Suruhanjaya Tinggi British di KL. Tapi bertukar menjadi rusuhan setelah diprovokasi oleh polis.

Akibat daripada itu, golongan Hindu menjadi anti-BN. Mereka sanggup berkempen untuk PAS (parti ISlam Semalaysia) pada pilihanraya yang lepas.

Kawasan parlimen saya iaitu Padang Serai, merupakan antara kawasan tertinggi peratus pengundi India (dalam 25%)... mereka berkempen kepada orang Islam untuk mengundi PKR dan PAS.

Semasa kawasan kejiranan saya menganjurkan kenduri doa selamat di atas kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri Kedah...ramai orang Hindu yang datang.

BN pandai buat musuh... golongan minoriti, petani, peniaga, pelajar, profesional...

Tapi apa kan daya.... ramai orang di Malaysia masih termakan dengan propaganda BN.

Tahniah....sekarang baru kita sedar betapa "tak sedar diri" nya kerajaan kita... dah hilang 4 negeri tapi berlagak macam tak ada apa2 yang terjadi.
 
sebelum raya, Anwar Ibrahim hadir dalam suatu tv talkshow di Jakarta (Kick Andy) dalam satu tajuk rancangan 'Singa dari negeri jiran'. dia berjanji akan memperlakukan para pekerja Indonesia di Malaysia dengan baik. beliau juga mendapat banyak sokongan dari politician kat sini. beliau juga sempat bernyanyi dan berjoget kat rancangan tu.
sila tengok kay you tube (key words: kick andy)

Saya mahukan sebuah kerajaan yang pro-imigran! Mereka juga manusia! Bukan golongan imigran yang mencuri kerja rakyat Malaysia, tetapi orang Malaysia yang memilih kerja.

Apa pendapat rakyat Indonesia mengenai kebangkitan rakyat Malaysia melawan BN?
 
Khairy Jamaluddin a.k.a Monyet


Saya akan berhijrah ke mana-mana negara kalau si racist ini menjadi PM. (Boleh tak saya berhijrah ke Jakarta?:))

tentu! tinggal rumah saya sepanjang masa pun saya tak kisah. saya takder brother:D

teruk nampak KJ tu. kat youtube pun dah ramai orang kutuk. saya juga tengok dioghang provoke dan kacau di satu tempat nama Ijok (kalau tak salah).

dia juga cakap parti keadilan cakap bs je.

ya Allah, takde malu ke?+o(
 
Saya mahukan sebuah kerajaan yang pro-imigran! Mereka juga manusia! Bukan golongan imigran yang mencuri kerja rakyat Malaysia, tetapi orang Malaysia yang memilih kerja.

saya agree ngan awak! orang Indonesia keje kat sana dengan niat baik untuk mencari keje yang halal:)

Apa pendapat rakyat Indonesia mengenai kebangkitan rakyat Malaysia melawan BN?

kebangkitan Malaysia melawan BN adalah suatu simbol perlawanan yang memberikan banyak semangat dan hikmah. semangat untuk menyuarakan isi hati kita dan mengatakan yang benar, dan hikmah bahwa perubahan kena dilakukan meskipun Malaysia termasuk negara yang cukup maju.
 
tentu! tinggal rumah saya sepanjang masa pun saya tak kisah. saya takder brother:D

teruk nampak KJ tu. kat youtube pun dah ramai orang kutuk. saya juga tengok dioghang provoke dan kacau di satu tempat nama Ijok (kalau tak salah).

dia juga cakap parti keadilan cakap bs je.

ya Allah, takde malu ke?+o(

Dia kata orang yang buat demonstrasi tu "beruk jalanan"...tapi selepas pilihanraya yang lepas...orang BN yang buat demonstrasi di sana-sini....sekarang "siapa beruk jalanan"..

Ijok - pilihanraya kecil. BN menang. Tetapi pada pilihanraya yang lepas Ijok dimenangi Pakatan Rakyat.

PKR + PAS + DAP = Pakatan Rakyat

Lagipun ada rumors KJ dan pelakon Maya Karin ada affairs...:blind:
 
saya tengok KJ tu sesorang yang 'explosive'. mudah melontarkan perkataan yg tiada pantas. nak percaya orang macam tu pun dah sulit!
 
:sl:

Apa pendapat saudara2 tentang krisis makanan sedunia? Apa kaitannya dengan kenaikan harga minyak pada malam 4 hb Jun serta kenaikan pada bulan Ogos nanti? Saya tak nampak pula keadaan yang daif di Malaysia walaupun para pemimpin BN sering mengeluarkan kenyataan mengenai krisis makanan sedunia :? Mana hilangnya sumber-sumber mahsul di Malaysia seperti beras, gula, petrol dan segala bagai sehinggakan kononnya kerajaan terpaksa mengimport sesetengah bekalan makanan dari luar bagi memenuhi keperluan rakyat?
 
:sl:

Apa pendapat saudara2 tentang krisis makanan sedunia? Apa kaitannya dengan kenaikan harga minyak pada malam 4 hb Jun serta kenaikan pada bulan Ogos nanti? Saya tak nampak pula keadaan yang daif di Malaysia walaupun para pemimpin BN sering mengeluarkan kenyataan mengenai krisis makanan sedunia :? Mana hilangnya sumber-sumber mahsul di Malaysia seperti beras, gula, petrol dan segala bagai sehinggakan kononnya kerajaan terpaksa mengimport sesetengah bekalan makanan dari luar bagi memenuhi keperluan rakyat?

Yang pelik se pelik2 nya, punya banyak ladang kelapa sawit ... daripada kedah sampai johor, sepanjang lebuhraya PLUS tu... masih lagi ada krisis minyak masak?

Gila ka apa!!!:enough!:
 
saya suka baca tulisan MAZA yang ini

http://www.utusan.com.my/utusan/inf...Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Seolah-olah membela rakyat yang tertindas. Alhamdulillah tulisan tu dapat dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga kerajaan menyedari kesilapan mereka. Satu fenomena yang positif bilamana selepas pilihanraya lepas, akhbar lebih bebas bersuara. Alhamdulillah rakyat dapat menggunakan hak mereka sebaik-baiknya
 
saya suka baca tulisan MAZA yang ini

http://www.utusan.com.my/utusan/inf...Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Seolah-olah membela rakyat yang tertindas. Alhamdulillah tulisan tu dapat dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga kerajaan menyedari kesilapan mereka. Satu fenomena yang positif bilamana selepas pilihanraya lepas, akhbar lebih bebas bersuara. Alhamdulillah rakyat dapat menggunakan hak mereka sebaik-baiknya

MASTIKA keluaran Mei mahu Utusan MAlaysia dikembalikan kebebasan kewartawanan nya, kerana ramai orang Melayu yang telah meninggalkan Utusan... satu petanda yang baik.

Di The Star, untuk edisi Utara ada banyak sangat laporan2 mengenai program2 yang melibatkan pemimpin2 pakatan rakyat.
 
Oho....

Saya suka baca Harian sinar. akhbar yang balance. mungkin lebih kepada PR
 
:sl:

Macam pernah dengar saja Harian Sinar... PAS dengarnya ada TV online, tak pernah pula saya cuba layari, tak tahu laman webnya yang mana satu :exhausted
 
:sl:

Astaghfirullah :omg:, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang wanita tua berbangsa Melayu dari Perlis menganut ajaran Buddha dan dikebumikan di tanah perkuburan Buddha selepas kematiannya pada 12 hb 6 2007. Wanita ini berasal dari kampung abang ipar saya, Kampung Panggas Mukim Chuping. Ini kandungan beritanya:

MAHKAMAH IZIN WANITA MELAYU DIKEBUMI IKUT AGAMA BUDDHA

KANGAR: Seorang wanita Melayu yang meninggal dunia di Kampung Guar Musang pada 12 Jun lalu dikebumikan mengikut upacara agama Buddha, walaupun kad pengenalannya menyatakan beliau beragama Islam.

Ini menyusuli keputusan Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin yang memutuskan bahawa wanita itu, yang dikenali sebagai Selimah Mat, 78 tahun, tidak lagi mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Thai sejak 62 tahun lalu.

Identiti wanita itu diketahui apabila anak lelakinya, Aisok a/l Elan, membuat laporan polis mengenai kematian ibunya di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, pada 12 Jun lalu.

Selimah, dari Kampung Panggas, Chuping, dekat sini dikatakan dibawa lari ke Thailand dan berkahwin dengan seorang lelaki Thai berketurunan Buddha dikenali sebagai Elan ketika berusia 16 tahun, kemudian menetap di Thailand.

Bagaimanapun, si mati dikatakan pulang semula ke kampung halaman suaminya di Kampung Guar Musang pada 1954.

Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Aisok, 53 tahun, dan seorang anak perempuan berusia 58 tahun.

Hakim Mahkamah Syariah, Encik Zaini Abdul Rahim, berkata mahkamah puas hati dengan keterangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berhubung status si mati yang sudah tidak mengamalkan ajaran Islam dan membenarkan pengebumian mayat wanita itu dilakukan mengikut amalan Buddha.

Adik si mati, Cik Kiah @ Rokiah Mat, 75 tahun, berkata kakaknya mengaku berkahwin dengan seorang lelaki Buddha.

'Saya memintanya kembali kepada agama Islam tetapi dia tetap enggan,' katanya. - The Star, Harian Metro.
 
:sl:

Saya berasa terkilan dengan keadaan negara sekarang yang terlalu bersikap terbuka dengan orang bukan Islam. Bukan kita hendak menghalang kebebasan beragama, malahan ajaran Islam ada menggariskan tentang kebebasan agama dalam surah-surah al-Quran, namun tindakan sesetengah orang bukan Islam selalu melampaui batasan.

Bagaimana agaknya keadaan saudara-saudara Islam di negara-negara yang pentadbirannya bukan Islam? Adakah hak beragama mereka terjaga? Di manakah hak asasi manusia berkaitan dengan kepercayaan peribadinya apabila sampai kepada orang Islam?

Adakah masjid dibenarkan dibina secara besar-besaran seperti halnya di Batu Caves dengan dewa murugan emas yang besar itu atau dengan sekatan-sekatan tertentu? Di Penang pun sama, saya dapati bunyi loceng sembahyang kuil selalu sahaja melebihi bunyi azan sedangkan masa sembahyang orang Hindu sudah tamat apabila waktu sembahyang orang Islam masuk. Adakah azan sembahyang dibenarkan bergema di eropah atau negara bukan Islam lain seperti bunyi kuil tersebut? Bagaimana dengan hak asasi umat Islam sebagai manusia? Adakah hak manusia itu cuma berkaitan dengan hal materialistik atau fizikal sahaja?
 

Similar Threads

Back
Top